Free shipping for orders above RM100 (All over Malaysia)

7 Punca Ketiak Hitam, Buat Anda Tak Selesa Dan Hilang Keyakinan Diri

Ketiak hitam buat seseorang jadi tak selesa, rasa tak cantik dan ada juga yang bimbang dianggap tidak menjaga kebersihan diri dek kerana malas mandi. 
 
Sebelum bercakap tentang cara cerahkan ketiak gelap, kita kena tahu dulu apa punca ketiak gelap.  Jadi, jom! Kami kongsikan tujuh punca ketiak gelap.
1. Terlalu kerap mencukur ketiak
Ada orang kata mitos, ada juga orang kata betul. Kenapa berbeza? Sebab tahap toleransi seseorang terhadap sesuatu itu berbeza. 
 
Kekerapan anda mencukur berisiko menjadi punca ketiak hitam kerana mencukur hanya menghilangkan bulu di permukaan kulit sahaja. Ini bermakna folikel rambut masih wujud di bawah dan menyebabkan ketiak kelihatan gelap.
 
Tambahan pula, kekerapan mencukur menjadikan ketiak melecet akibat salah cara mencukur atau bilah pisau yang terlalu tajam atau tumpul. Lama-kelamaan, kerengsaan akibat lecet menjadi punca ketiak gelap.
2. Perubahan hormon ketika hamil
Kenapa ketiak gelap ketika hamil? Apa hormon dah buat sampai kulit ketiak berubah warna?
 
Estrogen! Itulah yang menyebabkan ketiak jadi gelap bahkan hitam ketika hamil. Semasa mengandung hormon estrogen meningkat dan ia telah mencetuskan peningkatan penghasilan melanin.
3. Pengumpulan sel kulit mati
Ketiak ialah bahagian yang bersendi jadi ada banyak lipatan kulit di bahagian itu. Setiap hari sel kulit ada membahagi atau kata mudahnya kita akan bersalin kulit setiap hari. 
 
Kulit yang sudah tua dan rosak boleh tetap melekat pada kulit dan akhirnya mengakibatkan ketiak menjadi gelap. 
 
Kalau tak bersihkan ketiak dengan cara skrub, ketiak anda mungkin akan berisiko berkerak dan bimbang akan menyebabkan bau badan yang tidak menyenangkan.
4. Bahan kimia berlebihan
Nak pakai produk penjagaan ketiak (bodycare) tak salah, yang salah kalau anda menggunakan deodoran yang ada bahan kimia keras. Contoh bahan kimia keras ialah alkohol dan paraben.  
 
Maknanya, anda bukan sahaja kena berjaga-jaga dengan deodoran tetapi kena juga berhati-hati memilih krim dan losen.
 
Kesan keradangan dan kerengsaan ketiak boleh berlaku dan lama-lama ketiak jadi gelap, hitam dan berbau. 

Kami sarankan produk Masheface Bright Expert kerana produk ini ada ‘peeling texture’ untuk menanggalkan sel kulit mati dan juga ada ‘whitening effect’ untuk mencerahkan kulit gelap.
5. Obesiti
“Huh? Gemuk punca ketiak gelap?”
 
Ya! Orang yang gemuk, obesiti dan berat badan berlebihan lebih mudah terdedah dengan insulin. 
 
Mereka yang ada kandungan insulin lebih banyak dalam darah menyebabkan lebih banyak sel pigmentasi terhasil. 
 
Lebih banyak melanin, lebih ketara lah warna gelap di ketiak anda. 

Nota: Sel pigmentasi menghasilkan melanin iaitu pigmen yang memberi warna pada bulu di bahagian ketiak.
6. Hyperpigmentasi
Bila kulit ada pigmen melanin yang berlebihan maka akan muncul bintik-bintik coklat atau hitam di permukaan kulit. Keadaan inilah yang dipanggil sebagai hiperpigmentasi. 
 
Kesan hiperpigmentasi ke atas seseorang memang tidak berbahaya namun begitu ianya boleh mengakibatkan seseorang berasa malu kerana dianggap tidak menjaga kebersihan dan penampilan diri.
7. Jangkitan kulat
Kulat mula muncul dalam cuaca panas dan keadaan lembab. Kulit jadi gatal dan individu mula menggaru hingga kehitaman. 
 
Tanda-tanda seseorang dijangkiti kulat ialah tompok merah jambu ataupun coklat bersisik. Penyakit kencing manis meningkatkan risiko mendapat jangkitan kuman. 
 
Masalah ketiak tak selesa, rasa tak cantik dan kebimbangan perihal kebersihan boleh dikurangkan dengan mencegah punca ketiak hitam. 

Ikut saranan kami dengan tidak menggunakan bahan kimia berlebihan dan bertukar kepada Masheface Bright Expert.

Continue reading

Pejabat urusan (HQ)
 
Alamat :
IZR Group Trading Sdn Bhd. No 12-GF, Jalan Belida 1, Taman Belida, 45300, Sungai Besar, Selangor
 
Waktu operasi :
Isnin - Jumaat : 8.30am - 5.00pm
Tutup pada hari cuti umum
Hubungi kami
 
Khidmat pelanggan :
0189484396
 
Emel :
masheface@gmail.com